Penjelasan ttg isu PANAS & K0NTR0VERSI Ebit Lew di Semporna, Sabah

1. K0ntroversi Ebit Lew di Semporna, Sabah berakhir apabila Ebit di FB entrynya memaklumkan dia tidak boleh meneruskan bantuan untuk membina sebuah sekolah di atas lautan untuk Orang Bajau Laut berdekatan dengan Pulau Tatagan di Semporna.

2. Pihak P0lis di dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa PDRM tidak mengh4lang Ebit untuk berdakwah dan menghulurkan bantuan di sana. Tetapi Ebit perlu melihat kepada semua SOP dan perundangan yang sedia ada di kawasan pulau-pulau tersebut.

3. Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata, Jabatan Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JEAINS), telah mengesahkan bahawa Orang-orang Ethnic Bajau Laut di situ, kebanyakkannya adalah Orang-orang Islam berdasarkan survey dan laporan yang di perolehi selama ini. Jabatan Agama Islam Sabah juga tidak mengh4lang Ebit untuk berdakwah di kawasan tersebut.

4. Masalah yang utama di sini, kebanyakkan daripada 157 orang Bajau Laut ini tidak mempunyai sebarang dokumen dan tidak mempunyai sebarang kerakyatan (stateless people), kerana gaya hidup mereka (nomadic lifestyle).

5. Kedua, kawasan ini merupakan *Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)*, iaitu kawasan perairan antara Sabah dan Filipina. Terdapat pelbagai aktiviti l4nun dan pencul1kkan di kawasan ini.

6. Ketiga, Kerajaan semalam telah meminda undang-undang dengan mengunakan, Pengistiharaan Ordinan yang baru, iaitu meningkatkan denda mel4nggar SOP ketika PKP ini, dari denda RM1 ribu ringgit kepada RM100 ribu ringgit dan/atau penj4ra sehingga 3 tahun.

7. Denda tinggi dan huk0man penj4ra ini amat perlu terutama kepada kes-kes yang melibatkan Kilang besar seperti Top Glove di Klang dll. Denda RM1 ribu ringgit terlalu kecil kepada mereka.

8. Berikutan dengan undang-undang baru ini, berkemungkinan besar Ebit Lew di nasihatkan menangguh dahulu pembinaan sekolah di kawasan Pulau Tatagan, Semporna tersebut kerana program-program yang di buat oleh Ebit di kawasan perairan pulau tersebut, amat popular dan didatangi oleh ramai orang. Ini mel4nggar SOP ketika PKP.

9. Tambahan pula, selepas Pilihanraya Negeri Sabah yang lalu, kes C0vid 19 naik begitu tinggi di kawasan Semporna tersebut, berikutan pergerakan yang banyak berlaku di pulau-pulau tersebut dan kemasukkan orang-orang asing dari Selatan Filipine.

10. Program-program pemberian Tab, Basikal dan membaiki rumah-rumah usang di Lahad Datu tidak mendatangkan sebarang masalah keselamatan kerana dijalankan di kawasan yang selamat (on the main land).

11. Semoga 1nsiden kecil ini, tidak akan meng4nggu usaha-usaha dakwah yang di lakukan oleh Ebit Liew di Sabah di masa-masa akan datang.

12. Kerajaan mempunyai cara mereka tersendiri untuk membantu Rakyat secara menyeluruh. Manakala, Ebit pula mempunyai cara tersendiri beliau untuk membantu Rakyat dalam kesusahan di tempat-tempat yang dipilih oleh Ebit Lew.

Kredit;Kisah Zakat Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*