Innalillahi wainna ilaihi roji’uun, dlm masa 5 hari, 5 ulamak pasak bumi kembali ke alam baqa’

Inna lillahi wa inna ilayhi roji’un Hanya di dalam masa 5 hari seramai 5 ulamak yang soleh telah dijemput mengadap Allah Robbul Jalil. Perginya mereka bersama-sama lautan ilmu yang sudah tentu merupakan kehilangan yg amat besar kepada dunia Islam.

Apakah kita masih lalai dan leka dengan keindahan dunia yang tidak akan lebih bernilai sayap nyamuk di sisi Allah? Mari kita beriman dengan hadis Rasulullah ﷺ yang dengan jelas menggambarkan di antara tanda-tanda Qiyamat…

Tidak akan datang hari Qiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal di atasnya kecuali orang-orang yang h1na dan bur0k yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak meng1ngkari kemungk4ran. – Riwayat Ahmad

17 Februari 2021

Khabar duka telah dijemput kembali ke Rahmatullah. Al-Allamah al-Muqri Sheikhul Qura, Hasanain Jibril diusia 93 tahun di Mesir. Beliau merupakan pemegang sanad tertinggi bacaan qiraat 10 di dunia. Telah lahir ribuan ulama, huffaz dan mereka yang celik al-Quran hasil didikan dan bimbingan beliau. Kehilangan yang sukar dicari ganti. Al-Fatihah…

16 Februari 2021

Inna lillahi wa inna ilayhi roji’un Khabar duka pemergian dua ulama bumi Afrika…
1. Sheikh Hussein bin Ahmed, ulama Afrika Selatan. Beliau telah membangunkan sekolah di beberapa buah negara di Afrika dan pengajarannya adalah percuma.
2. Sheikh Muhammad Mansur Inyass, ulama Nigeria. Ulama sufi yang menjadi pembimbing umat Islam di benua Afrika. Kehilangan besar buat ummah. Al-Fatihah..

15 Februari 2021

Inna illahi wa inna ilayhi roji’un ?Khabar duka telah kembali ke Rahmatullah
Habib Sahl bin Ibrahim bin Yahya, Mufti Taizz, Yaman.
Kehilangan besar buat ummah. Al-Fatihah..

13 Februari 2021…

Khabar duka telah kembali ke hadrat Ilahi… Al-Allamah Sheikh Muammar Abdullah al-Hafiz, ulama Turki. Beliau telah menghabiskan usia mengajar serta melahirkan ribuan huffaz al-Quran sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Kehilangan yang sukar dicari ganti. Al-Fatihah.


Kredit; Kalam Mustaqim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*