Siapa yg dapat jangka begini takdir Allah kepada dia…

Hidayah adalah milik mutlak Allah SWT jua… Kita tidak akan sesekali dapat memberikan nur kesedaran kepada seseiapa sahaja yang mahu atau yang paling kita sayang, biar macam mana sekalipun kita cuba. Hakikat ini Allah telah catatkan di dalam Al Quran sewaktu Rasulullah ﷺ bersed1h dengan pemergian capa saudaranya, Abu Talib tanpa sempat masuk Islam…

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih me­ngetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” Al-Qasas ayat 56

Begitu jua dengan pemuda ini… Siapa sangka hidupnya suatu masa dahulu yg sedemikian rupa, boleh bertukar sekelip mata sahaja menjadi hambaNya yang berserah diri kepada Allah… Benarlah, hidayah itu adalah hak milik mutlak Allah SWT. Tiada siapa yang berhak memberikan hidayah kepada manusia hatta Rasulullah ﷺ sendiri.

Kredit; Kalam M

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*