Paderi Itali bersyahadah setelah seorang syeikh membantu keretanya yg rosak

Masya Allah, Tabrokallah… Ini sebuah kisah epik mengenai hebatnya dakwah dengan akhlak terpuji. Hanya dengan menunjukkan sikap terpuji membuatkan seorang paderi dan beberapa orang lagi di dalam sebuah kereta melafazkan syahadah…

Hebat kan? Ini kisahnya…

Seorang paderi daripada Itali dikhabarkan telah menolak untuk menolong seorang yang bernama Sheikh Al-Sumait yang mengalami kerosakan keretanya di sebuah kawasan pedalaman. Paderimitu berkata ‘ Boarkan Muhammad (SAW) sahaja yang membantumu’…

Lalu, Syeikh menyelesaikan masalah tersebut dengan usaha sendiri dan meneruskan perjalanannya. Bagaikan telah ditakdirkan, Syeikh bertemu sekali lagi dengan paderi tersebut tetapi kali ini kereta paderi pula yang rosak!

Tanpa bercakap banyak, Syeikh dan seorang lelaki muda yang bersama dengannya keluar daripda kereta dan terus menghulurkan bantuan memperbaiki kereta paderi tersebut sehingga kenderaannya kembali berfungsi seperti biasa.

Tatkala ini, paderi tersebut mula merasa sangat M4LU dan menyesal dengan perbuatannya terhadap Syeikh tadi.  Lantas, Syeikh berkata bahawa adalah suatu yang salah jika beliau tidak mempedulikan paderi tersebut kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Selang beberapa waktu, Syeikh memaklumkan bahawa dia mendapat berita gembira apabila semua orang yang bersama dengan paderi tersebut telah melafazkan syahadah mengaku keesaan Allah tanpa beliau (Syeikh) mengeluarkan walaupun sepatah perkataan untuk berdakwah mengenai Islam. Allahu Akbar!!!

Kredit; Converts to Islam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*