Datuk Dr. Prof Kok Seong nasihat orang Cina berpada-pada tuntut ‘hak’

Sikap r4kus segelintir orang Cina – melalui parti politik kaum – menuntut dan memb4ntah beberapa perkara secara agres1f, dibuat dengan tidak mengambil kira kesan kepada pembentukan negara bangsa.

Cara ‘profil tinggi’ yang digunakan parti politik Cina untuk mempertikai hal tertentu – seperti sekolah vernakular dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) – secara terbuka menyebabkan kaum itu dianggap tidak setia kepada negara, walaupun sudah lama tinggal di sini dan menjadi warganegara.

Bagi Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, tuntutan kaum Cina melalui parti politik, khususnya dalam bidang pendidikan sepatutnya bersifat ‘profil rendah’.

“Bagi saya, sekolah vernakular dan UEC hendak bersifat ‘profil rendah’ seperti sebelum ini. Ia tidak boleh bersifat ‘profil tinggi’ untuk dituntut penambahan dana dan pengiktirafan rasmi yang dilakukan secara terbuka dan agres1f oleh parti politik Cina.

“Ini kerana pendidikan aliran Cina sepenuhnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan separa di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) adalah bukan aliran utama dalam sistem pendidikan negara.

“Oleh itu, berpada-padalah dalam membuat tuntutan, lebih-lebih lagi secara terbuka dan agresif seolah-olah SJKC dan SMJKC aliran ‘terutama’,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sehubungan itu, Prof Kok Seong meminta parti politik Cina – baik dalam kerajaan mahupun pembangkang – sedar cara mereka yang mahu kelihatan jaguh pada mata orang Cina, telah menyebabkan kaum itu dianggap sebagai tidak setia kepada negara.

Beliau juga meminta kaum Cina – melalui parti politik Cina – berpada-pada dalam menuntut apa yang mereka sifatkan sebagai hak, walhal ianya keistimewaan sahaja ekoran ihsan bangsa Melayu yang baik hati.

“Ini termasuklah kewujudan terus sekolah vernakular selepas kemerdekaan sehingga kini. “Justeru, hentikan cara yang memang memberi tanggapan bur0k kepada kaum Cina,” katanya.

Kredit; ismaweb.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*