Ekzos bising; kenapa salahkan pengguna 100%, bagaimana dgn penjual?

Isu ekzos bising masih hangat diperkatakan. Semakin banyak orang dikenakan denda akibat mengubah suai ekzos menjadi bising. Kita tak boleh nak salahkan pengguna 100%. Hal ini kerana, kalau takde orang yang jual, takdelah pembelinya.

Untuk mengatasi masalah ini, perlu lah dikawal melalui sumber utamanya dahulu iaitu penjualan ekzos yang melebihi kadar bunyi yang dibenarkan. Jika penjualan ini dikawal ketat, nescaya pengguna pun tiada sumber untuk membeli lalu tidak dapat mengubah suai ekzos.

Kita tidak dapat menghalang penjualan ekzos bising 100% kerana pasti akan ada penjualan secara haram akan berlaku. Namun sekurang-kurang penjualan dapat dihad dan dikekang sekali gus mengurangkan jumlah pengguna yang menggunakan ekzos bising ini.

Inilah sebahagian daripada anak muda kita yang terjeb4k…

Sumber; Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*