Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi – Jgn DIH1NAKAN guru sedangkan Allah angkat darjat mereka…

Saya berharap apa yang tertera di belakang bajunya itu adah hasil contengan kawan2 nakalnya tanpa pengetahuannya. Tapi seandainya terbit dari hatinya, marilah kita semua mendoakan agar Allah berikan hidayah buat mereka.

R1sau nanti ilmu yang diperolehi mereka bakal pewaris bangsa ini menjadi istidraj dan ujian dalam kehidupan masa hadapan mereka akibat hilangnya barokah. Mungkin juga terlupa bahawa dek jasa guru yang mereka luc4hkan itulah mereka mampu menulis perkataan di baju mereka itu.

Jangan dih1nakan guru sedangkan Allah mengangkat darjat mereka. Firman Allah SWT dalam Surah al-Mujadalah ayat 11 maksudnya…

‘Allah meninggikan darjat atau kedudukan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan’.

Sumber; Jafri Abu Bakar Mahmoodi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*