Doakan Ustaz Najmuddin Elias Al Hafiz CEDER4, hampir jatuh gaung semasa misi bantuan

Saya diminta oleh Yang Berbahagia Dato supaya memaklumkan kepada tuan puan semua tentang berita kem4langan yang menimpa dirinya. Kem4langan ini berlaku ketika beliau dan beberapa orang NGO Batu Kurau melakukan ziarah kasih dan penyampaian sumbangan kepada penduduk di Kampung Anak Kurau Batu Kurau yang sedang bergotong royong membina jalan simen bagi memudahkan mereka mengeluarkan hasil kampung.

Pada mulanya tiada apa-apa halangan yang berlaku tetapi bila hampir sampai ke kemuncak tiba-tiba motorsikal yang dipandunya gagal menaiki bukit yang agak curam dalam keadaan licin… Beliau tidak dapat mengawal motorsikalnya lalu mengundur ke belakang.

Beliau bernasib baik kerana sempat mengelakkan badannya dari jatuh ke dalam gaung di sebelah kanan jalan tetapi terpelanting ke kiri jalan mengakibatkan bahagian dadanya menghempap seketul batu bersaiz sebuah dulang dan mengalami luka di bahagian kaki akibat terkena ekzoz.

Beliau dibawa turun dari kemuncak bukit dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda dan terus dibawa ke klinik swasta yang berdekatan. Setakat malam tadi beliau mengadu masih s4kit di bahagian dada.

Beliau mengucapkan jutaan kasih kepada semua yang terlibat membantunya dan memberitahu bahawa beliau akan terus melakukan kerja-kerja membantu orang yang memerlukan walaupun masih terkejut dengan kem4langan yang tidak diduga ini.

Beliau berharap mereka di luar sana dapat mendoakan beliau dan tidak perlu risau kerana masih dalam rawatan pihak perubatan. Beliau menyifatkan kem4langan yang berlaku sekitar pukul 12.30 t/hari semalam sebagai suatu pengajaran supaya lebih berhati-hati di masa akan datang..

Akibat kem4langan ini beberapa program beliau terpaksa dibatalkan termasuk ceramah perdana di Taman Kota Wira dan ziarah kasih di Kampung Sempeneh… Mari doakan kesembuhan buat Ustaz Dato agar dapt kembali berbakti kepada semua…

Kredit sumber;Ustaz Dato’ Haji Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*