Kunci-kunci REZEKI drpd Al-Quran & Al-Hadis

Mohd Masri Mohd Ramli

Pertama: ISTIGHFAR DAN TAUBAT.
Dalil-dalilnya – 1- Surah Nuh: 10-12 فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun(10)

يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
«”(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;(11)

وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا [نوح: 10-12]
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)(12)

2- Surah Hud: 52 وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ [هود: 52]
“Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan d0sa!”

Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa istigfar dan taubat itu merupakan kunci untuk kita memperolehi rezeki daripada Allah. Dr. Faḍl Ilāhī menerangkan:

“Ramai orang menyangka bahawa istighfār dan taubat hanyalah dengan lisan. Sebahagian manusia berkata: Saya memohon keampunan Allah (istighfar) dan bertaubat kepadanya. Akan tetapi tidak terdapat kesan daripada perkataan ini di hatinya, sebagaimana tidak terlihat jua kesannya kepada anggota tubuhnya. Sesungguhnya istighfar dan taubat seperti ini adalah perbuatan orang-orang yang pendus.ta”.

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa syarat taubat ialah:
1- Meninggalkan maksiat tersebut ikhlas kerana Allah.
2- Menyesal di atas dosa yang telah dilakukan.

3- Berazam untuk tidak mengulanginya.
4- Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, hendaklah dipulangkan haknya, atau memohon maaf daripadanya.

Imam al-Raghib al-Asfahani menyatakan tentang istighfar:
Memohon (keampunan) dengan perkataan dan perbuatan. Firman Allah: . Manusia tidaklah disuruh untuk memohon keampunan dengan lidah sahaja. Bahkan mereka perlu memohon keampunan dengan lisan dan perbuatan mereka. Disebutkan bahawa: Istighfar dengan lisan tanpa melaksanakannya dengan perbuatan, adalah perilaku golongan pendus.ta.

Kesimpulan:
1- Hasil daripada istighfar dan taubat ialah keampunan Allah, diberi kekuatan oleh Allah, dan diluaskan rezeki.

2- Istighfar dan taubat itu mestilah datang daripada hati yang benar-benar mengharapkan keampunan Allah.
3- Fokus kepada istighfar dan taubat ialah mendapatkan keampunan Allah. Itu ialah fokus dan objektif utama istighfar. Diluaskan rezeki dan semisalnya adalah sekadar motivasi tambahan sebagai peringatan kepada kita untuk bertaubat.

4- Untuk mendapatkan kesemua ini, istighfar dan taubat itu mestilah yang suci dan murni, dan bukannya sekadar lafaz di mulut.

[Ringkasan daripada kitab Dr. Faḍl Ilahī bertajuk Mafātīh al-Rizq Fī Ḍaw’i al-Qurān wa al-Sunnah]

Kredit; Mohd Masri Mohd Ramli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*