[Video] Viral Adik Mangkuk Tingkat; ini penjelasan dari ibunya…

Hasimah Abdullah

Ok, sebelum baca penjelasan ibunya, mari saksikan temuramah dgn adik mangkuk tingkat yg comel ni…

Petang ni aku temuramah budak viral ni jab.. ya la sb ramai duk kata kesian budak tu kena bawa mangkuk tingkat yg berat tu, mst bdk tu malu mst dia down kawan ejek2. Yang penting dia tak mudah rasa down ..dia cool ja ..sian ko bubble kena gomol ngan kakak…

Penjelasan daripada ibu…

Terima kasih di atas komen2 positif. Yg baik kita ambil, yg xbaik kita letak tepi. Sy pun x sangka gambar anak saya ni dah viral. Buka fb pagi ni ramai dah cakap anak saya dah viral dengan mangkuk tingkat tu… Yg tanya tak berat ke anak bawa mangkuk tingakat ni?

Bekas tu suami saya yang angkat dan bila waktu rehat, suami saya akan bawa ke kelas anak saya. Suami saya cikgu kat sekolah tu dan dia ambil gambar anak kami tengah mkan dan send kat saya. Ya la hari first anak sekolah nak tengok la anak kan ?

Tak sangka pula boleh viral…

Dan alhamdulillah kawan2 dan cikgu semua baik… takde kawan2 yg ejek2. Anak2 sekarang dah cerdik dan matang. Takde dah nk ejek2 kawan. Anak saya alhamdulillah, bagi la masakan apa pon dia tidak memilih dan dia tak kisah org cakap apa pon, yg penting dia kenyang…

Dan betul dia anak yg taat dan baik. Hari2 semangat nak pergi sekolah dan bawa bawa mangkuk tingkat ni . Ada saya terbaca komen kesian org kantin bila bawa bekal utk anak2… Sebenarnya kantin sekolah anak saya tak dibuka utk budak, jadi semua wajib bawa bekal sendiri.

Nak beli ngan kantin pun boleh, nanti cikgu ambik order tapi saya memilih utk memasak sendiri bagi anak2. Kat sisni boleh jimat duit dah. Anak saya semua 3 orang yang sekolah yang sama. Kalau tiap2 hari beli macam membazir. Selagi mampu saya masak je…  Apa pon terima kasih ya atas kata2 positif…

Kredit sumber; Hasimah Abdullah via Tun Syary Hazwarni Mardiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*