“Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen Yer” – Kisah Makcik Isi Minyak Yg Meruntun Jiwa

Semalam, aku di stesen minyak, tgh beratur nak bayar, depan aku ada 3 orang. Depan skali ada makcik, berbaju kurung, pakai pouch bag yg agak lusuh, tgh duk keluar duit. Dia letak sekeping duit 5 ringgit, syilling segadang atas kaunter, kemudian dgn muka serba salah dia cakap dengan pekerja tu,

“Dik, kancil pam 4 tu…isi minyak kuning..9 ringgit 80 sen…”

Pekerja tu hanya memandang slow pada makcik, “Erm…lg 20 sen xde ke cik?” he seems a bit awkward nk cakap benda ni, maybe serba salah jugak. Makcik just geleng kepala “xde dik…makcik ada tu je.”. Tiba2, out of the blue, mat motor blakang makcik tu letak rm10 yg ada di tangan dia ke kaunter then cakap dgn pekerja tu…

“Nah, ni 10, campur 9 ringgit 80 sen makcik tu jadi 19.80”…

Makcik tu seri0usly sh0ck, muka terharu habis, mat motor tu just senyum like “xpe cik, rezeki lebih, 20 sen sy xde, 10 ringgit sy ada lebih”, she had tears is her eyes.. So aku ingat mcm dah setel but suddenly mamat blakang dorang seluk tangan dlm poket jeans dia keluarkan 20 sen and letak atas kaunter.

“Ni 20 sen cukup kan yang x cukup tu”!

Then dia amik lg beberapa keping duit from wallet letak atas kaunter “Tambah lg 30 ringgit ni cukupkan 50.. minyak kancil 50 boleh tahan lama skit cik…”. Makcik tu couldnt hold back, mata dah berair, she keep on “terima kasih anak..terima kasih anak…syukur ya allah” sambil berjalan ke pam.

It was amazing…beyond miracle..dlm kereta air mata jantan aku berguguran jatuh..mmg hebat aturan ilahi tentang rezeki.

Aku jadi malu, sbb beberapa malam sebelum aku mengadap isteri aku sambil mengadu “Dalam 4 bulan habis ranap 30 ribu..susahnya…rezeki kurang menjadi la nampaknya”. Tapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan pada aku tentang rezeki, malu rasa hati tapi alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yg hebat. Syukur, terima kasih Allah.

Sumber fb: Wan Mohd Hafiz via Kisah Zakat Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*