Sabella; drpd ambik upah jahit baju dan langsir kpd jutawan pakaian trending

Syahril A. Kadir

D4HSYAT betul jenama Sabella ni sampai boleh sponsor AJL35. Sementara korang dok layan AJL tu apakata kita ushar siapa orang di sebalik Sabella ni. Kalau nak tahu inilah taukehnya, Siti Fatimah Abd Samat.


Asalnya Siti Fatimah ni amik upah jahit baju dan langsir dari apartment kecil mereka di Ukay Perdana manakala suaminya, Suffian Samad seorang pelukis pelan. Bermula secara kecil kecilan dengan hanya mempunyai 10 orang dropship yang terdiri daripada keluarga terdekat, Sabella kini berjaya memiliki 13,000 orang dropship dari seluruh Malaysia!

Selain itu mereka juga kini dah ada kilang sendiri berkeluasan 30,000 kaki persegi, ada lebih 100 pekerja dengan pulangan lebih RM24 juta, perghhhh! Baik mana datang nama Sabella? Itu sempena nama anak mereka yang comel tu.

Kredit; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*