Tiada jamuan iftar & moreh di masjid

ismaweb.net

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan aktiviti pengimarahan Ramadan diadakan di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan dengan beberapa ketetapan tertentu.

Dalam kenyatan hari ini, Jawi turut mengumumkan kebenaran memperluaskan bilangan jemaah bagi solat Jumaat di semua ruang yang sesuai di masjid serta surau yang diberi kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat, termasuk kawasan berkhemah dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan baharu itu akan berkuat kuasa pada 18 Mac, setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan perkembangan terkini. “Bilangan jemaah bagi solat fardu adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Masjid dan surau di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan mengadakan aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan sebagainya dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya.

“Pembayaran zakat fitrah secara manual atau pembayaran terus kepada amil dibenarkan di samping pembayaran secara dalam talian atau kaedah ditetapkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Semua ketetapan terbaharu ini adalah tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan serta prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Kredit; isma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*