Tolong berlaku adil! Rakyat marhaen tak patuh SOP terus dik0mpaun tapi mcm mana dgn org ‘kayangan’?

ismaweb.net

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dianggap seperti ‘double standard’.

Rakyat marhaen melihat orang kenamaan serta figura publik yang sering muncul di paparan media massa dan media sosial ‘terlepas’ daripada sebarang k0mpaun dan huk0man oleh pihak berkuasa, sedangkan rakyat biasa dikenakan t1ndakan serta-merta.

Laporan demi laporan dibuat namun tiada perkembangan baharu dilaporkan mengenai t1ndakan yang dikenakan pada pel4nggar SOP ini. Senario ini sudah tentu tidak dapat mengelakkan daripada timbulnya persepsi negatif, baik pada pihak yang mel4nggar SOP COV1D-19 serta pihak yang sepatutnya menguatkuasakan t1ndakan tegas terhadap kesalahan tersebut.

Terbaru, majlis pernikahan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor menjadi perbualan hangat apabila para tetamunya did4kwa mel4nggar SOP kerana tiada penjarakan fizikal ketika proses akad nilah berlangsung. Berdasarkan gambar dan video yang tular di media sosial, dapat dilihat para tetamu duduk dengan rapat dan terdapat di kalangan mereka tidak memakai pelitup muka.

“Tak cem.buru dengan mereka sebab kahwin mewah ke apa. Cuma rasa tak adil. Sebab orang miskin, rakyat biasa mudah saja p0lis s4man. Orang biasa ini mana la datang duit, entah ada yang nak dapat RM1,000 itu pun makan masa sebulan dua.

“Tak minta banyak pun. Minta adil sahaja, supaya orang biasa macam kami ini tak rasa ada pilih kasih,” kata pengguna Facebook, Diyana Balqis.

Sementara seorang lagi pengguna Facebook, Khai Icha pula mengimbau laporan berita di mana seorang perempuan yang serta merta didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika keluar dari keretanya.

“Teringat kes akak yang keluar dari kereta belum sempat pakai mask dah kena s4man RM1,000. Sekali kes pakcik-pakcik dekat masjid yang berkumpul tu, kena jugak seorang seorang, Allah kesian.  “Ini gambar video dah ada tapi masih s1asatan. Ya Allah betullah tiada huk0m yang adil di dunia ni, selain di akhirat nanti,” katanya.

MoHaikal Salah pula berkata “Benarlah.. undang-undang itu hanya untuk marhaen. Marhaen ‘terus dik0mpaun’, kayangan “kita akan jalankan s1asatan terperinci”. MySejahtera ada kan. Jejak sahaja lah dalam itu siapa yang hadir. Ops lupa, kayangan,” katanya.

Selain majlis pernikahan Neelofa, warga maya turut memetik pelanggaran SOP pada Konvensyen Biasa D.A.P Perak ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC), 13 Mac lalu. Konvensyen yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan itu dilaporkan sedang dis1asat pihak p0lis, tetapi sehingga kini tiada perkembangan terbaharu berkenaan kes tersebut.

“Ahli-ahli D.A.P bila nak kutip. Minggu lepas bergad0h berasak dalam dewan. Masa perhimpunan D.A.P tak ikot SOP. Tak kena kutip ke wahai p0lis…,” kata pengguna Facebook, Charr Roll.

Untuk rekod, Ketua P0lis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes dis1asat di bawah Seksyen 22A Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit) (Pindaan) 2021. Katanya, p0lis seramai 1,731 orang dan ia kurang daripada kapasiti maksimum dewan IICC iaitu 4,500 orang.

Beliau berkata, PDRM Perak juga sedang menganalisa video dan foto-foto yang diperolehi bagi mengenal pasti individu-individu serta kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan pel4nggaran SOP, terutama semasa 1nsiden kekec0han dan konvensyen berlangsung.

Kredit; ismaweb.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*