Inilah Malaysia yg diimpikan; Ah Hua sanggup jaga Pak Hashim mcm keluarga sendiri…

Buletin Mutiara

HASHIM REJAB yang berusia 87 tahun, uzur tinggal sendiri, namun perihal dan kebajikan beliau dijaga oleh keluarga Cina, Liang Kok Hua 43, (Ah Hua). Malah, ibu Ah Hua yang berusia 67 tahun, Oei Ah Sin, sanggup bina pondok kecil di hadapan rumah Hashim di Sungai Dua, SPU supaya lebih mudah mengambil berat dan menjaga makan minumnya.

Ah Hua tanpa gagal mendapatkan makanan harian kepada Hashim, menjaga Hashim setaraf menjaga kelurga sendiri. Bahkan, hari ini masih ada dalam masyarakat yang dianggap moden kini ‘membuang’ ibu bapa dengan alasan tidak masuk akal.

Menyingkap memori, sebenarnya Ah Hua bersama adik beradiknya sewaktu kecil menjadikan rumah Hashim sebagai taman permainan mereka. Sangat akrab, hingga kini satu pun permainan milik Ah Hua dan adik beradiknya yang lain tidak pernah dibuang Hashim.

Dari jentera bomba, kereta polis, jentolak, permainan video, dam dan bermacam lgi masih elok tersimpan di teratak kecik pakcik. Tidak cukup dengan itu, album gambar juga masih rapi menyimpan memori bersama ‘anak-anaknya’ itu.


Ah Hua seorang lelaki pendiam, kekok di hadapan lensa, namun bahasa tubuh dan riak muka tidak mampu men1pu, mereka adalah ‘anak beranak’ yang berlainan agama, bangsa dan keturunan. Alangkah indahnya kalau tembok perkauman, fahaman agama di Malaysia dapat dirobohkan seperti Hashim dan Ah Hua sekeluarga.

Itulah negara berbilang kaum yang sering kita semua dambakan agar Malaysia lebih maju, makmur dan menjadi negara contoh untuk pebagai bangsa. Terkejut dan berbangga, semangat seperti ini masih menebal di kalangan masyarakat walaupun acapkali ‘dihimpit’ perkauman sempit pihak tertentu.


Credit : Buletin Mutiara via Penang Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*