Pohon maaf lepas BEL4SAH pekerja hanya ‘wayang’ murahan

Pasti ramai sudah mengagak adegan minta maaf majikan yang didakwa memuk0l pekerjanya kerana berpuasa, hanyalah ‘wayang’ murahan. Mana tidaknya, majikan yang juga s4spek utama men4mpar, memuk0l dan mengacu p1stol ke arah dua pengawal peribadinya itu, dilaporkan mengaku tidak bersalah terhadap lima pertud0han di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertud0h, Chun Chee Yang, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret P Sarulatha. Mengulas perkara itu, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, tindakan suspek bercanggah dengan kenyataan di media melalui sebuah videonya yang meminta maaf kepada umat Islam.

“Keberanian suspek (majikan) untuk membuat kenyataan yang ‘flip-flop’ terutamanya di m4hkamah ini memang membuatkan masyarakat tertanya-tanya. “Ditambah lagi dengan hakikat beliau menyebut ‘itu IGP saya pegang’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Haji Aminuddin juga tidak menolak kemungkinan semua teori kartel dalam P0lis Diraja Malaysia (PDRM) terbukti benar melalui kes ini.

“Kita tahu saspek dikatakan kaya-raya hasil dari perniagaan-perniagaan ‘gelap’ di mana p0lis telah mendedahkannya baru-baru ini. “Hakikat tersebar luasnya isu kartel dan kem dalam PDRM yang sangat membarah membuatkan rakyat lebih gusar kerana kesemua ini seolah-olah ada kaitan,” katanya.

Kredit; isma.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*