Luahan frontliner gagal jumpa mak buat kali terakhir krn SOP sgt MERUNT0N hati…

Lina Kamarudin

Tak tau nak mula dari mana. Rasa terkilan yang teramat sangat… Sebenarnya dua hari sebelum tu dah nak balik kampung, suami buat VC dengan mak mentua. Mak cakap kaki bengkak. Masa tu suami dah tak sedap hati, sebab kaki bengkak tu tanda2 jantung bermasalah.

Pergi ke Balai P0lis ( somewhere in Selangor), di pintu masuk dah tampal “surat permohonan tanpa dokumen sokongan TIDAK AKAN DILAYAN”. Macam mana nak ada dokumen, belum masuk hospital lagi. Nak cakap mak s4kit, polis nak percaya ke? Dia nak dokumen jugak.

Kami bukan nak pergi melancong, bukan nak pergi honeymoon, bukan nak pergi naik cable car pun. Nak tengok mak s4kit. Itu je. Hari berikutnya mak collapse, muntah dan s4kit perut. Kakak ipar bawak ke kecem4san di sebuah hospital di utara.

Kami mintak kakak ipar snapkan gambar sticker pendaftaran di kecem4san sebagai bukti. Staff kat situ tak bagi. Kami bukan nak surat pengesahan doktor pun. Sebab kami tahu doktor pun sibuk. Suami pun staff hospital jugak. Memang paham la.

Malamnya, kami call ke kaunter pendaftaran kecem4san. Pihak kaunter kata, kena tanya yellowzone, yellowzone tak reply, pas kat kaunter pendaftaran balik. Staff kaunter pendaftaran kata tak boleh nak bagi apa² bukti yang mak masuk hospital. Dia suruh pihak p0lis call direct ke kecemasan kalau tak percaya.

Dan hari ni jam 9.30pg, kakak ipar baru dapat slip pengesahan rawatan pes4kit. Dah masuk zone kritikal. Heart beat dah stop. Bergegaslah kami pergi print dokumen. 10.15 sampai ke Balai P0lis. Tunggu pulak turn. 10.30 sampai turn kami.

Masuk jumpa pegawai p0lis, cakap kat p0lis mak dah kr1tikal. Po0is tanya macam². Tiba² dapat call, kata mak dah takde. Allah! Mencurah dah air mata masa tu. Cakap kat pegawai p0lis. Mak baru je men1nggal. P0lis nak sijil kem4tian pulak.?.

Allah.. tak tau nak kata apa. Baru seminit men1nggal, macam mana nak dapat sijil kem4tian?? Bertekak jugak suami dengan pegawai p0lis tu. Lepas tu dia bagi balik, dengan syarat balik sorang sahaja. Allaaah, mengucap panjang… Kalau balik sorang, anak² siapa nak jaga? Siapa yang nak bagi makan? Tak kan cucu tak boleh jumpa nenek dorang buat kali terakhir??

Puas merayu, akhirnya dapat surat perlepasan. Tapi dah dapat pun nak buat apa?? Orang tersayang dah pergi buat selamanya. Kesian kat suami. Orang lain sakit, dia yang attend. Sekarang, mak sendiri s4kit tak dapat attend. SOP ini menyusahkan mereka yang betul² ada kecem4san.

Dah sampai men1nggal tak dapat jumpa!!! Sampai hati buat mcm ni kat frontliner!! Staff KKM sendiri.!! Dah berkhidmat dengan KKM lebih 20 tahun. Pakai PPE, berpanas attend patient c0vid. Korang suruh cucuk V, dah cucuk complete dose. Nak tengok mak sendiri s4kit pun, macam2 SOP.

Celebrity rentas negeri pergi bulan madu, senang je dapat permit. Instafemes hantar hadiah rentas negeri, boleh dapat permit. Ni frontliner sendiri, yang menyumbang tenaga untuk negara. Siap vaksiin. Apa lagi yang korang nak???

Pukul 4 petang sampai kampung. Masa tu jen4zah dah nak bawak ke tanah perkub0ran. Hanya sempat menatap sekejap wajah arw4h mak. Tak sempat nak mintak ampun. Mak dah pergi dulu. ???. Al-Fatihah untuk arw4h mak mentua. Semoga Allah ampunkan segala d0sa2 arw4h.

Kami redho dengan ketentuan Ilahi. Bukan nak salahkan pihak berkuasa, cuma nak pesan kepada orang² kayangan..tolong jangan salah gunakan pelepasan rentas negeri. Tindakan anda menyebabkan SOP semakin ketat dan menyusahkan rakyat marhain seperti kami.

Kredit; Lina Kamarudin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*