Tauke Sambal Nyet buktikan pentingnya pendidikan tinggi bukan ‘asalkan kaya, SPM pun takpe…’

Orang tua aku sering tekankan betapa pentingnya pendidikan. Pendidikan ni bukan untuk jadikan kita kaya. Tapi asbab untuk kita jadi manusia. Melalui pendidikan, kita boleh tengok beberapa selebriti-usahawan berpendidikan dan tidak berpendidikan.

Aku tak nak sebut pasal golongan usahawan-selebriti tidak berpendidikan yang kerap buat benda-benda memb0d0hkan akal dan menjauhkan ilmu dari akal. Nanti kurus pahala puasa. Lihat saja Khairul Amin Kamarulzaman a.k.a Khairulaming ni.

Beliau mengaji dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pernah lihat beliau buat benda-benda b0d00h di internet? Belum pernah lagi setakat ini. Dari content creator ke usahawan sambal, tak pernah lagi beliau bergelek dan cipta kontroversi ‘bad marketing is good marketing’.

Sebaliknya, beliau sangat menjaga kualiti jenama dan produknya untuk menjaga nama diri sendiri, keluarga, dan agama. Beliau seharusnya dijadikan idola anak-anak muda. Tak perlu beliau nyanyi lagu raya sumbang untuk menempa nama.

Cukuplah content berkualiti memahat nama sebagai influencer yang memancarkan aura positif. Inilah pentingnya ilmu dan pendidikan. Sebab tu aku tak suka sesetengah orang kata, “SPM tak penting. Saya gagal SPM pun boleh kaya”.

Kredit; Kamarul Afiq As-Subanji

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*