Innalillahi wainnailaihiroji’uun, patutlah wajahnya bersih dan tenang…

Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

“Pagi tadi kami menguruskan satu kes lelaki warga emas kem4tian C0vid-19 di KPJ Ampang Puteri. Oleh kerana ada tugasan media, saya turut serta bersama anggota skuad yang lain menyempurnakan jena.zah ar.wah.

Sejak mula dihubungi waris arwah malam tadi, saya merasakan ahli keluarganya sangat tenang menghadapi berita duka ini. Sehinggalah bertemu di bilik ma.yat hospital, 4 orang anak lelaki ar.wah ingin turut serta menguruskan jenazah ayahnya.

Ketika kami membuka plastik dan kain yang membungkus jasad ar.wah untuk pengecaman dari warisnya, terlihat wajah ar.wah yang cukup tenang dan bersih. Walaupun wajahnya ada sedikit percikan da.rah yang keluar dari hidung dan mulutnya, namun saya dapat melihat ketenangan pada wajahnya yang berjanggut lebat itu. Subhanallah.

Ketika itu saya dapat merasakan yang ar.wah pasti orang yang hebat dan soleh. Sudah berbelas tahun saya menguruskan jena.zah, perasaan sebegitu memang kerap terjadi terutamanya saat menguruskan orang-orang yang kuat amal solehnya.

Dalam perjalanan ke tanah perkub0ran, saya sempat berbual dengan salah seorang anak lelaki ar.wah. Dikatakan ar.wah mempunyai 8 orang anak dan 4 daripadanya adalah perempuan. Ar.wah merupakan seorang jurutera. Dia terkena jang.kitan C0vid-19 dari salah seorang ahli jemaah surau di kariahnya pada hujung Ramadan baru-baru ini. Jang.kitan itu menyebabkan ar.wah dan isteri serta beberapa ahli keluarga yang lain turut menerima kesannya.

Je.nazahnya disemadikan dengan bantuan keempat-empat anak lelaki ar.wah di Tanah Perkub0ran Islam Sungai Pusu, Gombak pada tengahari tadi. Setelah selesai urusan penge.bumiannya, barulah saya perasan yang ar.wah merupakan bapa kepada Dr. Sakinah yang tular videonya sejak semalam kerana sempat mengambil wudhuk untuk ar.wah ayahnya buat kali terakhir sebelum ar.wah dimasukkan ke dalam ICU dan men1nggal dunia tidak lama kemudian. Innalillahi wainna ilaihi roojiiuun.

Allahuakbar. Menurut salah seorang anak lelakinya, arwah dahulu juga aktif dalam kegiatan dakwah tabligh dan merupakan jemaah yang aktif di surau kariahnya. Dia merupakan seorang suami dan bapa yang baik serta bertanggungjawab.

Betapa beruntungnya ar.wah kerana anak-anak lelakinya sendiri yang menjadi imam solat je.nazahnya dan menge.bumikan jasadnya. Inilah jawapan kepada raut wajah ar.wah yang terlihat jelas ketenangannya. Masya’Allah Tabarakallah! Semoga ruh Almarhum Ir. Haji Kamarul Bahrin bin Mohamad mendapat pahala sya.hid akhirat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

Kredit; Akhukum fillah;
Ustaz Rafie Zainal – Undertaker

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*