Subhanallah, senyuman akhir sang syuhada’ yg amat luar biasa…

Nik Mohamad Abduh

Syurga itu haq. Ner4ka itu haq. Akhirat itu haq. Senyum terakhir di birai dunia sebelum melangkah ke alam akhirat adalah haq dan benar sekali.
وأبشروا بالجنة التى كنتم توعدون – فصلت:٣٠
“Dan terimalah khabar gembira dengan syurga yang telah dijanjikan untuk kamu.”

Kelihatan zahirnya, saudara kita ini sedang melihat kediamannya di syurga saat menghembus nafas terakhirnya. Senyumannya amat luar biasa. Itulah janji Allah sebagaimana tafsiran ayat di atas. Allahu Akbar…

Tiada dilihat wajah-wajah kematian seumpama ini selain daripada kalangan orang yang beriman dengan agama tauhid. Ya, kebanyakannya pada wajah para syuhada’ di jalan Allah. Semoga Allah mengurniai kita semua berita gembira di dunia dan akhirat selepas kurniaan iman dan istiqamah.

Kredit; Nik Mohamad Abduh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*