Pergerakan besar masih berlaku, ke mana arah tujuan anda? – TS Dr Noor Hisham

Noor Hisham Abdullah

Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini? Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan. Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus COVID-19.

Duduklah di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting. Bantulah selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes COVID-19 tidak terkawal. Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya.

Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital. Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU sudah penuh semuanya. Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda.

Kredit; Noor Hisham Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*