“Saya Nak Ubah MaIaysia Jad! Leb!h Ba!k”- AIiff Syukri Siapkan Diri Bertand!ng PRU Ke-15, Dah Lama Rancang Masuk P0l!tik!

Aliff Syukri sedia pegang jawatan nombor satu negara iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

IMPIAN usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri untuk bergelar seorang wakil rakyat dan memegang jawatan perdana menteri (PM) bukanlah angan-angan kosong atau sekadar gimik semata-mata.

Aliff, 35, berkata, perkara itu sudah lama difikirkan dan menganggap sekarang merupakan saat yang sesuai untuk merealisasikan cita-cita itu.

Tambahnya lagi, dia bersedia mencuba nasib bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

“Siapa yang kata gimlk? Saya memang menaruh harapan nak masuk politik. Ikhlas dari hati memang saya serius nak mencuba bidang politik selepas ni.

“Kalau boleh saya nak jadi calon dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang, seterusnya diangkat memegang jawatan perdana menteri. Saya yakin saya mampu membawa tugas PM dengan baik.

“Aku serius ni tau… bukan main-main. Dekat luar negara pun ramai sahaja PM dan presiden yang dilantik dalam kalangan ahli perniagaan,” katanya kepada mStar.

Aliff Syukri mahu bertanding di Parlimen Damansara pada PRU akan datang.

Sementara itu, penyanyi lagu Cuba ini berkata dia menerima sokongan hebat daripada pengikut di Instagram sejak membuat pengumuman terbuka ingin menjadi seorang pemimpin negara.

lni membuatkan dia lebih bersemangat untuk membangunkan Malaysia dan menjadikan negara ini lebih hebat di mata dunia.

Aliff Syukri enggan ambil pusing kritikan ibunya, Rozita Ibrahim

“InsyaAllah saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sanggup bermula dari bawah, tolonglah jangan kec4m saya… berilah saya peluang untuk buktikan dan dapat berjasa kepada anda semua,” ujarnya.

Sebagai makluman, dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memilih perdana menteri.

Perkara 3(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai perdana menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Seseorang ahli Dewan Rakyat pula dipilih melalui pilihan raya.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas k0mentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan k0mentar anda disini.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, K0men Dan Share Ya…Terima Kasih..

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*