Terkini – Berita gembira buat semua; Umrah & Ziarah kembali dibuka…

Bertepatan dengan Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-90 hari ini, mereka telah mengumumkan satu berita yang sangat menggembirakan hati kita semua. Satu berita yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam sejak sekian lama.

UMRAH & ZIARAH DIBUKA KEMBALI. ALHAMDULILLAH!

Bermula 17 Safar 1442 bersamaan 4 Oktober 2020, ibadah umrah dan ziarah akan dibuka dan dibenarkan semula untuk semua jemaah pelbagai negara. Namun begitu, prosedur dan kawalan kesihatan akan diperketatkan.

Pembukaan ini akan dilakukan secara berperingkat;
1. Peringkat Pertama (17 Safar 1442/ 4 Oktober 2020)
Dibuka untuk 30 peratus para penduduk dan rakyat Arab Saudi sahaja dengan bilangan jemaah tidak melebihi 6, 000 orang pelaksana umrah pada setiap hari.

2. Peringkat Kedua (1 Rabiul Awal 1442/ 18 Oktober 2020)
Bilangan jemaah diluaskan kepada 75 peratus untuk para penduduk dan rakyat Arab Saudi melaksanakan solat dan aktiviti ziarah. Had jemaah harian terhad kepada 15,000 orang pelaksana umrah dan 40,000 orang solat pada setiap hari.

3. Peringkat Ketiga (15 Rabiul Awal 1442/ 1 November 2020)
Dibuka sepenuhnya kepada jemaah dalam mahupun luar negara untuk datang melakukan solat dan aktiviti ziarah. Namun begitu, bilangan jemaah masih dihadkan kepada 20,000 orang pelaksana umrah bersama 60,000 orang yang menunaikan solat pada setiap hari.

Peringkat ini akan berterusan sehinggalah wab4k pendemik C0VID-19 ini benar-benar sudah hilang dari muka bumi ini. Kemudian akan disambung terus dengan peringkat keempat iaitu pembenaran pelaksanaan aktiviti umrah dan ziarah berserta solat tanpa had bilangan. Kiranya tempoh ini, sudah dibuka sepenuhnya tanpa ada sempadan.

Bagi memastikan perjalanan ini berjalan lancar, pihak Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi telah membina satu aplikasi telefon yang akan mengawal dan menyusun perjalanan para jemaah melakukan umrah, solat dan ziarah.

Melalui aplikasi ini, para jemaah boleh membuat tempahan awal tarikh dan masa yang dikehendaki untuk melakukan umrah, solat di Masjidilharam dan Masjid Nabawi dan juga masuk ke Raudhah.
Syukurlah, pihak Arab Saudi telah memberikan jawapan buat kita semua yang tertanya-tanya akan episod duk4 dan p1lu ini. Kini tinggal kebenaran daripada kerajaan Malaysia pula.

Harus kita beringat juga, tanya-tanyalah dahulu pihak kerajaan kita dan agensi travel yang akan kalian guna kali ini. Sudah pasti akan ada prosedur kesihatan dan keselamatan yang akan ditetapkan dengan ketat sekali.

Pastikan ia dipatuhi dan el4kkanlah daripada tert1pu dengan s1ndiket yang boleh tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Jang4n terlalu teruja dan gembira sehingga boleh tergadainya pelbagai perkara.

Kita doakan moga rancangan ini berjalan lancar tanpa ada sebarang perkara ynag tidak diingini berlaku, insya-Allah.

Kredit; Najmi Farisham

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*