Rekod dunia jualan Musang King 60 tan dalam 50 minit; apa khabar k’jaan Pahang?

Rekod dunia? Sebanyak 300,000 durian Musang King, seberat 60 tan telah dijual dalam tempoh 50 minit dan 48 saat. Rekod festival jualan durian atas talian ini bernilai RM 61.2 juta dan dijalankan di 3 lokasi iaitu Qinzhou, Kuala Lumpur dan Raub, Pahang.

China mengimport 600,000 durian (RM 7.1 bilion) dan 7,700 tan (RM 278.8 juta) adalah dari Malaysia.
Wow! Namun saya ingin bertanya kepada pihak atasan di negeri Pahang. Apakah perkembangan terkini tentang pencerob0h har4m tanah kerajaan untuk tanaman durian Musang King di Raub?

Adakah pencerob0h har4m tersebut diberika geran tanah, atau kerajaan telah ambilalih semula tanah tersebut? Bulan lepas seorang bekas tentera ditangkap, didenda dan dipenjara kerana menceroboh hutan.

Semalam, 2 orang ditangk4p, pakcik dan atuk kerana menanam pisang dan durian di hutan simpan di Tanah Tinggi, Pahang. Di manakah keadilan? Saya bersuara untuk rakyat marhein.

Kredit; Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*