Rendahnya martabat Bahasa Melayu; Ingat naik train ke Beijing rupa-rupanya ini MRT kat Malaysia…

Aku ingat tadi aku tersalah masuk train ke Beijing China, rupanya dalam MRT kat Malaysia.
Pengh1naan kepada bahasa kebangsaan, sampaikan paparan iklan bahasa mandarin lebih utama.
Kenapa?

Rakyat Malaysia dah tak reti berbahasa Melayu ke sampaikan bahasa Mandarin diutamakan?
Aku dulu, kini dan selamanya tidak akan pernah seronok melihat keadaan ini. Bagaimana kita dianggap menghormati perlembagaan dan menyayangi negara kalau identiti negara diinjak dan dipijak?

Bahasa Melayu jelas adalah Bahasa Kebangsaan yg menjadi identiti nasional kpd negara. Aku ingat Prof Teo Kok Siong (pakar sosiologi) pernah kata, “integrasi kaum hanya dapat dicapai melalui bangsa Malaysia, dan bangsa Malaysia perlu mengangkat bahasa yg sama”

Sehingga hari ini, aku masih tak faham knp wujud perasaan superiority dlm bahasa mandarin d Msia
Nak kata utk semua org faham? Mana pi tulisan tamil? Pendust4an dan menunggang nama kepelbagaian kaum utk menunjukkan superiority.

Sedangkan bahasa yg lebih superior di Malaysia ini adlh Bahasa Melayu kerana itu adlh bahasa kebangsaan dan identiti seluruh rakyat malaysia. Saya harap Menteri YB Wee Ka Siong jawab segera kenapa boleh wujud perkara mcm ni dalam fasiliti pengangkutan awam yg dibina menggunkan wang negara?

Saya pengundi parlimen YB di Ayer Hitam. Peratusan pengundi disana lebih ramai Melayu tp angkat YB atas prinsip perpaduan. Tp jgn musnahkan harapan pengundi yg but4 warna kaum dan agama, mengangkat prinsip perpaduan kaum.

Tetapi dikecew4kan dgn perlekehan kpd identiti nasional yg dipersetuju sekian lama sejak merdeka.
Identiti negara perlu diperkasakan, Bahasa kebangsaan perlu diutamakan.

Sumber; Jazlie Jabarudin Ad Dawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*