Usahawan OKU sering dianiay4 sewaktu buat C.O.D order pelanggan

Seorang netizen, Nur Su’aidah Mohd Jaafar membuat muat naik di medsos mengenai kekecew4annya kerana sering dian1aya oleh pelanggan yang membuat pesanan online hasil jualannya sebaik sahaja sampai ke rumah pelanggan bagi COD.

Beliau yang merupakan seorang pesak1t kron1k selama 17 tahun dan telah lumpuh memberitahu bahawa dia tidak mempunyai kudrat sebagaimana orang biasa, selama 17 tahun jugalah hidupnya bergantung dengan ubat

Beliau memberitahu, kadang kala terasa kecew4 sehingga mengalirkan air mata apabila dipermain-mainkan oleh pelanggan yang tidak bertanggung jawab ini. Pernah seorang pelanggan tu, tidak ‘munculkan’ diri setelah dia tiba di lokasi COD di sekitar Kemaman, Terengganu.

Menerusi luahan di Facebook, Nur Su’aidah atau lebih dikenali dengan panggilan Su memohon agar pelanggan sentiasa ‘alert’ apatah lagi sekiranya dia memandu dari jauh semata-mata ingin menghantar jualan tersebut.

Mari baca perkongsiannya yang sed1h ini…

Duhai sahabat yang ada niat nak membeli barang su niaga tak kira la apa pun mohon alert dan respon segera bila su cod.. Kalau ada yang pakai no lain selain no whatsap tolong bagitahu segera.. Order tu hantar location beserta no rumah siap2.. Supaya mudah untuk su..

Su nak mudahkan urusan anda dapat barang di tangan jadi su mohon sangat2 anda mudahkan jugak urusan su.. Kalau nak cancel pun bagitahu dengan jelas ye su tak mar4h.. Kudrat su tak kuat.. Kadang hati nie rapuh sangat2.. Airmata laju je mengalir..

Su jugak tak sekuat yang disangka.. Bila su keluar pergi cod dah dekat nak sampai rumah col dan whatsap tak ada respon hanya Allah yang tahu.. Nak2 kalau jauh sikit penat tu terus terasa bila anda buat su macam tu..

Hari nie dua tempat su pergi untuk cod.. Tunggu sampai hampir sejam.. Last2 balik dengan kecew4.. Ada yang dah sampai depan rumah tadi cakap boleh tak cancel kaksu.. Allahuakbar terus tersedu kat hati.. Pergi dengan anak.. Mujur anak jadi penyejuk hati..

Anak la pujuk mama jangan nangis tak dok rezeki la tu.. Nanti ada rezeki lain.. Budak yang umur 7 tahun tu pun pandai.. Tak pe la su hanya nak luah je.. Tak nak baca scroll laju2.. Jd kalau ada sahabat yang niat nak membeli dengan su dan COD tu ingat la wajah nie yang cod…

Dan kudrat tak seperti anda yang normal.. Tenung la wajah letih nie dan ingat ye pesanan su.. Su tak sal4hkan pada anda ye yang order tu.. Tak pe la, anggaplah tak ada rezeki…su niaga makanan, burger dan biskut.

Tinjauan di beberapa posting mendapati, suaminya Zulkiffle Yunus mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja termasuk memotong rumput dan mengecat rumah.

Kredit; Nur Su’aidah Mohd Jaafar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*