Prof. Diraja Ungku Aziz – penjajah hasut pemikiran kita bhw bahasa Inggeris sgt penting utk kemajuan

Hampir 50 tahun dulu, Prof. Diraja Ungku Aziz sudah menjelaskan kepada kita bahawa ketaksuban kita pada bahasa Inggeris itu adalah pelik benar. Penjajah Inggeris telah mengh4sut pemikiran kita sedemikian rupa sehingga kita merasa tidak berdaya dan tidak boleh berbuat apa-apa tanpa bahasa Inggeris.

Maka kita pun yakin sepenuhnya, bahawa:
(a) Bahasa Inggeris itu adalah bahasa dunia yang difahami sejagat, dan
(b) Kita hanya dapat belajar ilmu modern yang menjadi kunci kemajuan teknologi dan pembangunan ekonomi pesat melalui bahasa Inggeris.

Percayalah, ini tidak benar!

Lihatlah contoh di dunia lain. Sesiapa yang pernah mengembara ke negara Jerman atau negara-negara Latin Amerika, apa lagi negara China atau Jepun, akan segera menyedari bahawa sebahagian besar penduduk dunia ini termasuk ahli tenokrat peribumi dan intelektual mereka, yang membina negara modern yang gagah, tidak pun memahami bahasa Inggeris!

Dikutip daripada ucapan Prof. Diraja Ungku Aziz dalam mesyuarat ASAHIL, 1973, Singapore. Beliau menjadi Presiden Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning pada 1973-1974

Kredit; Prof. Dr.Abdullah Hassan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*