Hebatnya dugaan hidup buat insan bernama Neelofa

Dia cantik dan jutawan ternama. Tapi belum lagi sampai rezekinya Allah beri bahagia rumahtangga. Belum jelas lagi siapa jodoh dan pasangan hidupnya. Sepatutnya kita muhasabah. Hidup kita mungkin mudah bab jodoh dan cinta. Tapi Allah beri sedikit ujian bab wang dan harta. Allah buat kita rasa susah dan hidup sederhana. Kita berhutang dan tk ada harta.

Allah Maha Adil. Ujian dia ada, ujian kita pun ada. Siapa kata manusia ini sempurna, setiap orang ada bahagian ujiannya. Namun mengapa bila dia diuji dalam isu hubungan, kita ejek2 dia dan hijabnya. Itu masalah hubungan, bkn masalah aurat. Kita ungkit dan doakan dia membuka auratnya. Dah kenapa dgn kita?

Adakah dgn ujian itu kita berharap sangat2 dia akan menjadi kufur kepada Allah swt? Oh jadi sekarang kalian semua tak sabar2 pula nak buktikan bahawa tanpa Pu Riz, dia akan tanggal semua dan tinggal berbikini ya?

Lapar sangat nak tgk aurat org lain. Komen2 dari lelaki fasik sangat menjijikan. Kalian nak buktikan telaan hina kalian, yang dia berniqab kerana lelaki. Wow hebat semua! Jadi jika begitu kita memandang solusi pada suatu dugaan dan musibah, apakah kita pula andai diuji akan kembali sesat dan berpaling dari Allah?

Patutlah ramai orang bila diuji dgn kesusahan duit dan kehilangan harta, kerjanya setiap hari marah2, maki hamun dan menghambur kata2 kesat pada sekelilingnya. Menyalahkan semua org atas kesusahannya.

Patutlah jarang yang diuji dgn kesusahan harta, semakin ingat kepada Allah. Rupanya apa yang dia doakan, jatuh pd dirinya. Dia doakan org menjadi fasik, rupanya dia jatuh dalam kefasikan itu sendiri. Nauzubillahimindzalik. Sadisnya manusia.

Kredit : Suffiyah Ramadhani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*