“Auntie kalau perlu apa-apa bantuan makanan, kelengkapan kebersihan, datang surau ni ya!”

Keunikan Surau Taman Sri Chedong, Maran adalah ia menjadi tumpuan penduduk pelbagai agama dan bangsa untuk mendapatkan bantuan. Sementara pembersihan rumah dijalankan, ada keluarga yang menginap di surau ini.

Sayu hati saya melihat keadaan rumah yang bersalut lumpur bah tetapi hati kembali berbunga melihat rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama berkumpul di surau yang menjadi Pusat Pemindahan Sementara di sini.

YADIM ada sediakan kit banjir, kit ibadah dan pek makanan kepada penduduk sekitar. Saya dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP juga sempat memberikan sedikit sumbangan wang tunai. Indahnya di sebalik mus1bah ini, hati kita semua disatukan-Nya walaupun berbeza agama dan bangsa.

Sumber; Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*