Kesihan, pakcik tua ni dibuang keluarga di surau…

Sejurus mendapat maklumat mengenai seorang warga emas tidur di salah sebuah surau di sini, kami bergegas untuk membantu beliau memandangkan Selangor adalah negeri tertinggi kes C0vid-19 buat masa ini. Tentunya bah4ya sekiranya golongan beris1ko tinggi tidur di tempat-tempat awam.

P1lu hati kami ketika beliau berkongsi cerita bagaimana beliau telah ditinggalkan di sebuah surau. Beliau tidak mempunyai zuriat kerana belum berumahtangga. Sebelum ini, beliau dijaga oleh anak saudaranya.

Namun sejak kesihatannya yang semakin merosot, ditambah pula dengan suasana yang tidak menentu kerana PKP, ahli keluarga yang menjaganya telah meninggalkan beliau di salah sebuah surau.
Peringkat awal beliau tidak menjangkakan beliau akan diperlakukan sedemikian.

Pujukan ahli keluarganya mengajak beliau ke surau tersebut untuk berjemaah, rupanya adalah perancangan untuk meninggalkan beliau di surau berkenaan. Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan beliau.

Ketika kami sampai, beliau mengadu yang kakinya s4kit akibat j4ngkitan kuman, perutnya lapar dan berada dalam keletihan. Alhamdulillah, setelah berunding, beliau bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services di Dengkil.

Zakat Selangor akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatan beliau. Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak.
Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka.

Kredit; Lembaga Zakat Selangor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*