Apa kes Atomy ni sampai Mufti Selangor terpaksa keluar kenyataan bertulis?

KENYATAAN PENAFIAN MUFTI SELANGOR TENTANG RAKAMAN PANGGILAN ATOMY

Segelintir ahli Atomy sangat desperate sekarang sehingga merakam panggilan mereka ke Jabatan Mufti Selangor dan menyebarkan ke dalam group mereka. Perbuatan ini telah menyebabkan Mufti Selangor sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan perbualan itu adalah kenyataan RASMI. Sila berikan perhatian kepada perkara 2 dan kenyataan ini;

“Semua jawapan kepada soal jawab agama yang dikeluarkan oleh jabatan ini adalah pandangan hukum bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Jawapan tersebut walaupun bukan fatwa TETAPI IA MERUPAKAN PANDUAN HUKUM YANG PERLU DIJADIKAN PEDOMAN DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM.”

Saya ingin mengingatkan diri saya dan sahabat semua agar kita semua bertaqwalah kepada Allah tanpa perlu menunggu fatwa.

Kredit; Bro Firdaus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*