Ya Allah, Ustaz Rafi dedahkan betapa H1NANYA M4YAT dr luar negara diperlakukan jika mahu dibawa pulang

MOHON DENGARLAH SUARA SAYA! Saya sedar selepas pendedahan ini dibuat, ‘mus0h’ saya akan bertambah lagi…

“Alhamdulillah, hari ini saya rasa bahagia sangat dapat mendedahkan isu besar umat Islam dalam urusan kem4tian di luar negara yang melibatkan proses pengawetan m4yat yang cukup meny4kitkan. Ramai yang masih belum mengetahui tentang perkara ini!

Sebenarnya isu inilah antara asbab saya menubuhkan NGO Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) setelah suara saya secara individu pernah ditolak untuk didengari beberapa tahun lepas oleh pihak berwajib.

Pedihnya rasa hati ini bila melihat jasad saudara Islam kita dikasari dan terkadang dipermainkan begitu saja oleh pihak casket (pengurusan jen4zah) yang bukan Islam ketika mengawet (embalming) m4yat!

Tambah geram dan sed1h apabila melihat jasad saudara Islam perempuan yang dib0gelkan begitu saja tanpa ditutup walau seurat benang oleh golongan yang tidak kenal erti halal h4ram itu! ?

Bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak berwajib, tapi saya mohon berilah saya ruang untuk isukan perkara begini di peringkat yang lebih tinggi. Selagi isu ini tidak ditangani secara menyeluruh, selagi itulah hati saya tidak pernah tenteram!

Banyak lagi isu lain yang hendak saya bangkitkan tetapi terpaksa menunggu waktu dan kekuatan yang lebih sesuai. Sampai masanya segalanya pasti akan saya dedahkan juga walaupun terpaksa berk0rban ny4wa!

Bagi mereka yang pernah mengikuti saya sebelum ini dan kemudiannya mengkhianati perjuangan saya, mereka tahu perjuangan dan strategi saya. Namun mereka itulah golongan yang t4makkan wang dan nampak bahawa bidang ini merupakan ‘lubok wang’ bagi mereka! Sebab itulah mereka sanggup mengkh1anati saya dan ‘kenyang’ dengan f1tnah dan umpatan!

Demi perjuangan fardhu kifayah…

Namun bagi saya perjuangan ini adalah perjuangan fardu kifayah saya mewakili umat Islam. Biarpun hanya tinggal saya bersendirian, perjuangan ini tetap diteruskan sehingga ke akhir hayat saya. Insya’Allah.

Terima kasih Skuad yang kini berada di seluruh negara kerana menyokong perjuangan ini! Teruskan perjuangan saya sehingga selesai seandainya saya dipilih dahulu menghadap Illahi. Saya sedar selepas pendedahan ini dibuat, ‘mus0h’ saya akan bertambah lagi. Semoga Allah kurniakan pahala sy4hid andai diri ini terk0rban. Ini bukan isu biasa.”

Akhukum fillah; Ustaz Rafie Zainal – Undertaker

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*