COV1D-19: TV AlHijrah jemput semua baca surah Yasin setiap hari

Bermula Khamis ini, TV AlHijrah mengambil inisiatif menyiarkan bacaan surah Yasin, sebagai doa dan ikhtiar memohon kepada Allah agar negara dijauhi virus COVID-19. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris, bacaan surah Yasin akan disiarkan dua kali setiap hari (pagi dan petang) di saluran itu, juga bersiaran serentak di platform Facebook TV AlHijrah.

Para penonton turut diundang bersama membaca surah Yasin yang akan disiarkan pada setiap hari jam 6.30 pagi dan 8.30 malam (Isnin, Selasa dan Jumaat) serta 7.30 malam (Khamis). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri dijadual melancarkan inisiatif terbaharu TV AlHijrah itu.

Ia akan bermula dengan bacaan secara langsung menerusi program bual bicara pagi Assalamualaikum, Rabu ini. Turut serta dalam pelancaran tersebut, Namanzee sendiri serta anggota pengurusan saluran TV Islam itu.

Kredit;  AlHijrah Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*