Ingkar S.O.P; DTCK, suami bersama Menteri Agama, UAI, Ustaz Don kena K0MP0UN

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah dikeluarkan kompaun berjumlah RM20,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menganjurkan majlis tahnik anak keduanya pada awal Mei ini.

Pasangan suami isteri itu masing-masing dikenakan denda sebanyak RM10,000 ke atas kesalahan tersebut. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kertas s1asatan telah selesai dan ia telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya.

“Kami akhirnya menerima arahan DPP (Timbalan Pend4kwaraya) yang mana Siti Nurhaliza dan suaminya Khalid dik0mpuan RM10,000 setiap seorang kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal di majlis tahnik anak keduanya itu,” katanya pada sidang media secara maya pada hari ini.

Majlis tahnik anak Siti Nurhaliza, polis rakam keterangan 8 individu. Pada 3 Mei lalu, polis Ampang meny1asat majlis tahnik dianjurkan Siti Nurhaliza yang dikatakan tidak mematuhi SOP. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata s1asatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan – Peraturan Pence.gahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 2021 selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu.

Malah para tetamu yang hadir ke majlis berkenaan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan k0mpaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi juga dikenakan kompaun RM2,000 kerana ingkar SOP PKP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sila rujuk link Ingkar SOP: Siti Nurhaliza, Datuk K kena kompaun RM20,000 untuk berita lanjut…

Kredit; malaysiagazette.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*