Ya Allah… Bro Firdaus Wong pula positif C0VID-19..

Saya baru sahaja menerima panggilan dari hospital memaklumkan tentang keputusan ujian COVID saya adalah positif. Innalilah Wa Inna Ilahi Rajiun. Sebagai Muslim saya beriman pada Qadr & Qadar dan Allah tidak menguji seorang hambaNya melebihi yang dia tidak mampu.

Buat kenalan yang pernah berjumpa dengan saya dalam tempoh 10 hari yang lepas, saya mohon agar sahabat pergi jalani SWAB test dan kuar4ntin diri anda sehingga keputusan diperolehi. Allah dah bagi kita sihat lama dah. Sekarang Allah cuma tarik sedikit nikmat sahaja. Jadilah hamba Ash-Shakur.

“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Asy-Syaafii (Zat Yang Maha Menyembuhkan). Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari 535 dan Muslim 2191).

Terdahulu beliau ada memuat naik posting bahawa beliau baru selesai ujian denggi dan juga C0VID-19. Keputusan denggi dalam 2 jam manakala C0VID19 dalam 24 jam. Doakan. Apa jua keputusan, kita perlu terus mensyukuri nikmat dari Allah dan bersabar atas ujian dariNya.

Sumber; Firdaus Wong Wai Hung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*